Tuesday 3 January 2012

SESIAPA YANG BERMINAT..... BLEH LA CONTACT YE...


Pelbagai pakej menarik ditawarkan. Harga kengkawan lagilah spesial....
Sebarang tempahan bolehla hubungi : 0192674344 (Call / SMS) - 24 hours

Sunday 11 December 2011

JOM DALAMI DUNIA KAJIAN TEMPATAN

UNIT 3: (TAHUN 4)
JENIS-JENIS RUMAH DI MALAYSIA
Di Malaysia terdapat 2 jenis rumah iaitu rumah tradisional dan rumah moden. Perbezaan diantara kedua-dua jenis rumah ini adalah dari segi reka bentuk dan bahan yang digunakan dalam proses pembinaannya. Bagi rumah tradisional, rekabentuknya masih lagi mengekalkan ciri-ciri kebudayaan masyarakat setempatnya seperti contoh mempunyai ukiran-ukuran pada bahagian anjung dan mempunyai tangga yang cantik dan berwarna warni (khususnya rumah di Melaka) . Manakala bahan yang digunakan untuk proses pembinaannya adalah menggunakan kayu, papan dan zink. Bagi rumah moden pula, reka bentuk rumahnya adalah bercirikan reka bentuk terkini dan mempunyai nilai-nilai kemewahan. Dari segi bahan binaannya pula, rumah moden diperbuah daripada batu-bata, simen, pasir dan atapnya diperbuat daripada kepingan genting.

Antara contoh-contoh rumah tradisional ialah rumah kutai  diPerak, rumah tiang tinggi diKedah, rumah minangkabau diNegeri Sembilan dan rumah Limas di Johor. Manakala contoh-contoh rumah moden ialah rumah pangsa, rumah teres, kondominium, rumah bangle dan juga rumah berkembar 2.Lazim nya, rumah tradisional didirikan dikampung-kampung. Manakala rumah moden banyak didapati di kawasan Bandar yang mempunyai penduduk yang ramai dan kekurangan tanah akibat dari kegiatan pembangunan.

CONTOH-CONTOH RUMAH
A)RUMAH TRADISIONAL:

Rumah Minangkabau – mempunyai bumbung yang seakan-akan tanduk kerbau




Rumah Melaka – Mempunyai rekaan tangga yang menarik dan berwarna warni



Rumah Limas – mempunyai reka bentuk bumbung yang menarik

Rumah tiang tinggi – Lazimnya terdapat diNegeri Kedah dan Perak


B) RUMAH MODEN

Rumah Banglo - Biasanya dikelilingi dengn taman dan pokok hiasan yang menraik. bersaiz agak besar dan reka bentuk yang cukup mewah.

Kondominium - dimiliki oleh golongan-golongan elit dan selalunya dijadikan rumah rehat ataupun rumah persinggahan keluarga.
Rumah Teres - Banyak terdapat dikawasan perumahan, rumah kos sederhana dan didirikan secara bersambung-sambung dalam kuantiti yang banyak.

Rumah pangsa - Didirikan secara bertingkat-tingkat. Biasanya didirikan dikawasan berpenduduk ramai bagi mengelakkan kesesakan penduduk.
Rumah Berkembar 2 - Seakan-akan rumah banglo tetapi ianya dibina secara berkembar 2 dan saiz sedikit kecil daripada rumah banglo.

Wednesday 5 October 2011

KISAH SEDIH

HAYATILAH KISAH INI:


Ini adalah kisah... benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.


Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.




Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,

”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.

Sunday 2 October 2011

MAJLIS PERSARAAN LAGI....

Salam dan selamat sejahtera. Tahun 2011 ni merupakan tahun menyambut persaraan 2 orang lagi warga SK Sungai Leman. Pertamanya, Guru besar sekolah ini , En Mohamad Yunus Bin Kedran yang bersara wajib pada 1 julai 2011


dan juga rakan kami seorang Guru Pendidikan Khas , Pn. Minah Binti Hamat yang bersara wajib pada 20 Julai 2011.


Tak sampai sebulan , 2 orang warga SK Sungai Leman, tidak kira suka atau tidak terpaksa meninggalkan bidang yang sudah sebati dengan diri masing-masing iaitu bidang perguruan. Walaupun sudah bersara, namun keringat yang ditabur dalam membimbing anak bangsa tetap dikenang masyarakat sehingga keakhir hayat. 

Itulah lumrah hidup seorang guru. Selagi ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas atau amanah, teladan yang baik yang ditunjukkan, akan dihargai oleh semua. Seperti kata orang "Guru itu ibarat sebatang lilin, sanggup membakar diri semata-mata untuk menerangi orang lain dari kegelapan sehinggalah sebatang lilin itu padam. Papepun, orang lain termasuklah aku sendiri akan melalui saat dan ketika itu. Ada sesetengah orang beranggapan, setiap kali ada majlis persaraan pasti ada tangisan.... apa yang sedih sangat??? betul tak. Tetapi realitinya, saat itu adalah merupakan satu saat yang amat sukar sebenarnya. saat dimana kita terpaksa meninggalkan bidang yang telah lama kita ceburi. Kalau dulu kehidupan kita dikelilingi dengan kerenah anak-anak murid yang memerlukan perhatian dan bimbingan. sekarang???? hanya kehidupan harian yang perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan.

Papepun, selamat bersara kepada En.Muhamad Yunos dan juga Puan Minah. Pintu pagar SK Sungai Leman sentiasa terbuka buat anda. Walaupun bukan sebagai guru, tetapi tetamu dan juga rakan-rakan kami.... 


Friday 30 September 2011

AKHIRNYA KAMI JUARA

Setelah mencuba hampir 3 tahun, akhirnya tahun 2011 telah merealisasikan impian kitorang untuk menjadi juara bola sepak Daerah Sabak Bernam. Apa yang lebih membanggakan, ini adalah kejuaraan yang pertama setelah penantian hampir 30 tahun. Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat dalam membentuk team yang terbaeeeekkkkk ini. Kat sini korang sume boleh menyaksikan rakaman-rakaman aksi sepanjang kejohanan tersebut...


RAKAMAN  AKSI-AKSI SEPANJANG KEJOHANAN TERSEBUT

Kami juara!!!! Bergambar kenangan selepas penyampaian hadiah.




Muncul Johan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam 2011 setelah berjaya menewaskan johan 2010, Sk Dr Abdul Latif dengan jaringan 3 berbalas 2



tersenyum puas, antara reaksi para jurulatih setelah melihat kejayaan anak buah mereka.



Bersedia untuk majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh En. Saroni, Pen.Peg.Pelajaran Daerah Sabak Bernam






Penyampaian hadiah disempurnakan oleh En.Saroni Bin Hj Tasuki, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam.



Memberi taklimat semasa rehat separuh masa ketika perlawanan peringkat kumpulan



Bergambar kenangan sebelum sepak mula perlawanan peringkat kumpulan. Jersi adidas ditaja oleh JAMAL JAYA Holding.



Barisan kejurulatihan:
Dari kiri: Kerol, Sarel , Haizul (K.Jurulatih) & Nazir



Tahun 2012 kami akan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahan kejuaran yang kami perolehi tahun ini. Doakan kejayaan kami....
yang pasti SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LEMAN..... Boleh!!!!!